Berlalunya dua bulan aku menetap di Kolej Ungku Omar, UKM Bangi. Kebetulan mengambil nama yang sama seperti tempat belajar aku sebelum ini, Politeknik Ungku Omar walaupun dari sejarahnya Ungku Omaw tidak terlibat dengan penubuhan kolej ini.
Tinggal di fletlet sebilik seorang di dlm blok 16 bilik, 208 adalah alamat bilik aku. Bilik yang menampakkan ciri2 keuzuran dan senibina tahun 80'an memandangkan kolej kediaman ini adalah antara yang terawal dibina di UKM. Walaubagaimanapun dengan lokasinya yang teramat strategik, berdekatan dengan segala kemudahan UKM, PTSL (Perpustakaan Tun Sri Lanang), Pusanika (shopping complex UKM lol), fakulti- fakulti, masjid, dan lain-lain, menjadikan Kolej ini tempat idaman bagi rakan-rakan kolej lain terutamanya dari Kolej Burhan dan Kolej Ibu Zain.
Kolej ini terutamanya blok S (bukan blok aku) menjadi tempat berkumpulnya mereka-mereka yang kebosanan, kerana blok itu merupakan satu-satunya blok yang mempunyai capaian wireless internet (available di bilik2 terpilih sahaja). Antara keistimewaan Blok S adalah cyber cafe Am yang menawarkan permainan Counter Strike yang menggunakan server wireless din, din2, atau player; selain kasino dan pusat sukan PES6 Ajis yang dibuka pada waktu malam sahaja. Delivery mapley yang tersedia setiap malam mengenakan cas ang sangat minimum disediakan oleh mereka-mereka yang bermotor. Hotel Wan dan Din dibuka setiap masa dengan Din menawarkan climate changing yang berubah2 antara bilik berasap atau biasa yang mampu menghalau nyamuk.
Bilik aku,..... macam biasa tanya salman, apis, atau budak2 seri bayu yang lain untuk meminta pandangan. Sekian update aku kali ini.
Labels: UKM |